CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 18, 2010

Wanita Penjual Tempe

Seorang wanita tua kelihatan bersandar keletihan didapur rumahnya..Jarum jam di dinding sudah menunjukan waktu dinihari.. Namun dia masih tekun menyiapkan tempenya untuk dijual di pasar keesokan paginya. Diwajahnya jelas kelihatan kegusaran apabila melihat tempe yang sedang dibungkusnya itu. Sepatutnya dia menyiapkan tempenya itu lebih awal untuk dijual esok, tapi kesibukanya pada hari ini, menyebabkan dia hampir terlupa akan rutinya setiap hujung minggu. Dalam fikiranya , sempatkah tempe ni menjadi untuk dijual esok pagi
.
Awal-awal subuh dia sudah bangun untuk menyiapkan barang jualan tempenya itu. Dia masih memikirkan tentang tempenye itu menjadi ataupun tidak, dibukanya daun pisang yang membalut tempenya itu, ternyata, tempenya masih belum menjadi. Namun dia tetap berhasrat untuk menjual tempeya itu, mungkin tempenya itu akan menjadi nanti.

Dalam perjalanan menuju ke pasar hatinya makin gusar, bagaimana jualan tempenya nanti.Kemudian dia teringat pesanan seorang ustaz, “Sentiasalah berdoa, dan yakin setiap doa yang kita minta pasti akan diperkenankan oleh NYA, janganlah kita jemu untuk berdoa kpd Nya”. Dia terus berdoa , Ya Allah, kau jadikanlah tempe ini menjadi untuk aku jualnya pada hari ini..jadikanlah tempe ini menjadi..jadikanlah tempe ini menjadi.Terkumat kamit mulutnya berdoa disepanjang perjalanan. Setibanya dia di pasar itu, kelihatan sudah ramai penjual yang menyusun barang jualan mereka. Dia menuju ke tempat yang selalu dia duduk untuk berniaga. Dia duduk disitu, sambil mulutnya masih tak henti berdoa, jadikanlah tempe ini jadi, jadikanlah ianya menjadi...Sekali lagi dia membuka tempenya, dia berharap tempenya akan menjadi. Tapi tempenya masih jugak belum menjadi. Dia menutup kembali bungkusan tempenya itu, mulutnya terus berdoa.
Matahari semakin naik, orang semakin ramai datang untuk membeli barang di pasar. Kelihatan begitu meriah para peniaga menjual barang masing-masing. Wanita tua itu hanya duduk disitu dan melihat peniaga lain berniaga. “mungkin tiada rezeki aku hari ini hasil jualan tempe hari ”. Namun dia terus berdoa dan berdoa.Setelah beberapa jam berlalu, tempe yang ingin dijual masih belum menjadi. Suasana di pasar itu semakin lengang, ramai peniaga yang sudah membersihkan tempat masing-masing, diwajah mereka menunjukkan kepuasan, mungkin hasil jualan mereka sudah habis dijual dan mendapat keuntunganya. Wanita tua penjual tempe itu masih disitu dan terus berdoa, tidak jemu dia berdoa walaupun belum menampakan hasilnya.

Peniaga dipasar, sudah ramai yang pulang, hanya beberapa orang yang tinggal dan juga wanita tua itu. Dia masih lagi berdoa dan berdoa. Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri dihadapanya , “makcik, saya nak beli tempe, makcik ada jual tempe tak? ..wanita tua itu memandang lelaki muda itu,.”Ada, tapi tempe makcik belum menjadi lagi. Saya memang mencari tempe yang belum menjadi makcik. Wanita tua itu kehairanan, “Kenapa encik mahu membeli tempe yang belum menjadi, sedangkan semua orang mencari tempe yang menjadi? Lelaki muda itu tersenyum dan berkata “sebab saya nak hantar kepada keluarga saya, mereka tinngal jauh dari sini, jadi sempatlah tempe itu menjadi bila sampai kepada dia nanti”. Wajah wanita tua itu terus berubah, hatinya makin gusar ..kemudian dia berdoa Ya Allah , Janganlah kau jadikan tempe ini menjadi!!! begitu doanya kali ini..terus terkumat kamit mulutnya.. Dia membuka bungkusan tempenya itu, kali ini dia amat berharap agar tempenya itu betul-betul tak menjadi. Dan ternyata, tempenya masih belum menjadi. Pemuda itu kemudianya membeli kesemua tempe yang dibuatnya. Wanita tua tersenyum. Akhirnya tempenya berjaya dijual. Kini dia yakin Allah telah memperkenankan doanya pada hari ini, tetapi dalam keadaan yang berbeza.

Pernah kita berada dalam situasi begini ?

The moral of da story :

Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
Teruskan berdoa, kerana Allah pasti memakbulkanya.
Kesabaran itu terlalu indah bagi mereka yang mengerti..

0 comments: