hari ini ..kicauan burung sudah tidak semerdu selalu..deruan angin yang bertiup tidak semesra dulu..desiran daun yang berguguran bagai gersang dan kering..
haruman bunga yang tumbuh sudah tidak ku rasa wanginya...langit biru yang terbentang terasa kosong dan kaku
hatiku telah mati dari merasai semuanya..dunia ku telah sepi dari merasai gembira..
disaat ku ingin tersenyum..adakah layak untuk aku merasainya..ketika aku ingin menangis..adakah tangisan itu layak utuk aku diketika ini…
wahai Yang Maha Pengasih..
hari ini aku telah kehilangan rasa itu,hinggakan hatiku yang telah kau beri ini telah menjadi beku...aku sudah tidak mampu utk memiliki rasa ini..Aku mohon untuk ku serahkan kembali pada Mu..kerana Engkau lah yang sentiasa menjadi pengubat hati kecil ini..
kepada Mu yang Maha Pemurah
aku sudah tidak mampu meneruskan cinta ini..kerana aku sudah terlalu terluka untuk sebuah kebahagian..aku terlalu sakit untuk pertahankan kebahagian ini..walaupun aku masih mengharap adanya kesudahan yang masih dapat diperbetulkan..tapi ianya hanyalah sebuah harapan..
Ya Allah ..aku sudah tidak mampu untuk menahan setiap tangisan..kerana kau lebih mengetahui betapa remuk hatiku..betapa sakit jiwaku..aku tak mampu untuk menahan air mata ini..kerana hanya ini yang ku ada untuk aku meredakan jiwa
Ya Allah..aku mohon yang terbaik daripada Mu dalam setiap keputusanku.. Kau putuskanlah untukku jalanya..kerana aku tak berdaya memilih jalanku..

kerana Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk duniaku dan akhirat ku
0 comments:
Post a Comment