Saturday, March 20, 2010
rehat minda..rehat jiwa..
Posted by NaWaL FaiZaH at 12:25:00 AM 0 comments
Tuesday, March 9, 2010
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya. Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
Posted by NaWaL FaiZaH at 1:09:00 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
JUS QASEH KEKANDA & ADINDA
Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tiin, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh, pegaga dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk.
Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).
Gabungan intipati Qaseh merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:
Darah
Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.
Saraf
Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.
Otak
Otak lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.
Jantung & Paru-Paru
Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.
Usus Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.
Buah Pinggang
Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.
Kulit
Kulit lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.
Rambut
Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.
Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan.
Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.
Rahim
Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.
Tulang & SendiTulang
lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.
Ibu Hamil
Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.
Organ Dalaman Lelaki dan Wanita
Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.
Posted by NaWaL FaiZaH at 2:22:00 PM 0 comments
ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu..
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku sendiri terkapai-kapai ketika dunia tiada simpati kau tetap mendengar rintihan kupada Mu
tempatku menagih kasih ketenangan kurasa mendekati Mu syahdu malam tak terasa sunyi...
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan, keseorangan dihimpit beban derita Kau beri aku kesabaran..
pengalaman mengajar erti kematangan...lantas kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan pada mereka yan pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..
Tuhanku,
ketika aku buntu keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai penyuluh hidupku menebus usia yang sia-sianmengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan menimbus kekecewaan dan dendam
hanya kau saja yang mengerti hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir dan menyambut lembaran baru...
Tuhanku Yang Maha Pengasih ..
rahmat Mu tak terkira syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai
Posted by NaWaL FaiZaH at 1:27:00 PM 0 comments
Friday, March 5, 2010
ketahuilah oleh mu..
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha
Posted by NaWaL FaiZaH at 3:49:00 PM 0 comments
Sibuk..busy...banyak kerja
Posted by NaWaL FaiZaH at 3:05:00 PM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
Berakhirnya sukan
Kepada yang menang diucapkan tahniah, kepada mereka yang kalah,teruskan usaha anda..menang&kalah adat permainan.. Kepada sekolah yang akan menjadi Tuan Rumah acara kejohanan untuk tahun hadapan 2011, maka buatlah persediaan secukupnya..tahniah kepada SK Santan..laaa sekolah sendiri yang jadi tuan rumah
amboii..dok melantak apa plak tu..
sembang sakan nooo...menang besaq ka?...hikhik
budak bersukan..kita dok makan....takpa2 ..setelah berpenat menjadi pegawai..
layann cucoq pisang..cucoq ubi..
Posted by NaWaL FaiZaH at 8:58:00 PM 0 comments
a reason, a season or a lifetime..
People come into your life for a reason, a season or a lifetime. Whenyou know which one it is, you will know what to do for that person.
When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through adifficulty, to provide you with guidance and support, to aid you
physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsendand they are. They are there for the reason you need them to be. Then,
without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end.
Sometimes they die; sometimes they walk away; sometimes they act upand force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled; their work is done. The prayer yousent up has been answered, and now it is time to move on.
Some people come into your life for a SEASON, because your turn hascome to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done.
Theyusually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season!
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant...
Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.
Posted by NaWaL FaiZaH at 11:00:00 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
Majulah Sukan untuk negara
Selamat bersukan kepada kontinjen Sek Keb Santan bermula hari ini 2 Mac 2010 hingga 3 Mac 2010 di Padang Sek Keb Oran..semoga beroleh kejayaan kepada murid-murid yang terlibat. Kepada guru-guru sekalian yang setia memberi sokongan yang jitu..teruskan sokongan anda..membawa semangat..membawa makanan..cucuq pisang..cucoq ubi..mempelam cicah garam belancan..uishh sedapnya..murid dok bersukan..kita dok makan..walau apapun apa yang penting kerjasama!!
Posted by NaWaL FaiZaH at 2:41:00 PM 0 comments
Welcome to da club...
di atas cadangan..desakan...sokongan...undian...daripada sahabat2..maka saya maju lagi setapak dalam dunia ict..mewujudkan blog sendiri (org lain dah lama dah buat..hehehe). Just wait & see..apakah nasib yg akan terjadi pada blog ini..
Semoga ada manfaatnya..samada untuk org lain @ just untuk diri sendiri...maka dengan lafaz بسم الله الرحمان الرحيم ...saya melancarkan blog nawalfaizah@blogspot.com... (tepuk tangan semua!!) terima kasih
Posted by NaWaL FaiZaH at 2:09:00 PM 1 comments