CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 20, 2010

rehat minda..rehat jiwa..

Cuti persekolahan Mac..sudah sampai kepenghujungnya..Kalau ditanya takrif bercuti..berbagai tafsiran dapat diberi...yang pentingnya cuti adalah masa untuk berehat, menziarahi kaum keluarga, melaksanakan aktiviti bersama keluarga..

Aku..?? cuti kat sekolah ler..banyak kerja nak kena settle..banyak fail nak kena update.walau apa pun..yg penting kita gembira dengan apa yang kita lakukan..so..dikesempatan sisa -sisa cuti yang tinggal ni..ambik kesempatan release otak yang dah beku dgn fail..sistem.. melancong keluar negeri..haaa..negeri mana??..hehe..kedah jer..

perjalanan bermula jam 8.30 pagi..siap bekal mcm2..takut lapar masa berpicnic nanti..destinasi utama yang dituju Batu Hampar, yan kedah..tempat ni memang tempat yg biasa dok berpicnic..tapi kali ni mungkin time tak betoi kut..kekeke..nape ekk??..

kami sampai di Batu Hampar pukul 9.40 pagi.. bila turun saja ke kawasan air terjun, masing2 pandang ke sungai dengan tersengeh...hikhik...ayaq kering rupanya...nak mandi camna budak2 ni.. tak terfikir kemarau kali ni sampai air di kawasan kaki gunung jerai ni pun bleh kering..

setelah puas wat survey sekeliling kawasan..akhirnya berjaya juga cari tempat yang ada air..so..bleh la budak2 nih mandi..kesian..lain kali kena check dulu time kemarau macam ni.



walaupun untuk seketika disini..tapi sekurang2nya berada bersama alam ciptaan Allah..menjadikan kita lebih mensyukuri atas nikmat kehidupan yang Allah berikan ini..

Ambillah masa untuk berfikir tentang alam ciptaan Allah ini..pasti kita akan merasa begitu kerdil diri kita ini sebagai hamba Allah..

0 comments: