Sibuk..busy...banyak kerja..semuanya mempunyai makna yang sama..mungkin jalan dan cara kesibukan itu sahaja berbeza. Menjadi orang yang sibuk @ buat-buat sibuk..dua perkara yang berbeza walaupun perkataanya adalah serupa.
Kesibukan adakalanya menjadikan kita lebih fokus atas sesuatu perkara..adakalanya menjadikan kita lebih cemerlang untuk mengatur masa, menyusun jadual harian agar apa yang dirancang dapat dilaksana dengan sempurna.
Buat-buat sibuk sebenarnya mengalihkan kita daripada permasalahan dalam kehidupan, adakala menghilangkan kesunyian, merawat kedukaan, melupakan kesakitan.. itulah kehidupan..
walau apa pun takrifnya, terletak kepada diri kita untuk menerima apa yang hadir dalam hidup ini..kerana kita yang mengatur jalan hidup kita..kita yang merancang apa yang terbaik untuk apa yang kita lakukan disetiap hari kehidupan, selebihnya kepada Allah kita sandarkan dan serahkan..
hidup ini hanya sekali , maka jadikan yang sekali ini adalah yang terbaik untuk selamanya
0 comments:
Post a Comment